Tuesday, 1 October 2013

apa yang menarik tentang tempat anda sendiri ?

assalamua'laikum .
ni first assignment yang di tulis sendiri bagi kelas RERUANG DAN PEMBANGUNAN .
perbaiki kesilapan yang ada . saya bukan manusia sempurna . terima kasih kerana membaca :)



NAMA : NOR AMIRA ADRINA BT OTHMAN
NO MATRIK : 
IC : 
SOALAN : APAKAH YANG MENARIK TENTANG TEMPAT TINGGAL ANDA SENDIRI ?

          Saya tinggal di kawasan kampung yang diberi nama Kampung Padang Marhum, Bota Kanan Perak. Kampung saya berhampiran dengan Bandar Seri Iskandar . Seperti yang kita ketahui , Bandar Seri Iskandar merupakan bandar baru yang semakin membangun dan menjadi kebanggaan penduduk di sekitarnya. Terdapat banyak perkara menarik di kawasan ini.
Antara perkara menarik yang terdapat di sini ialah , Bandar Seri Iskandar merupakan bandar ilmu. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya dua buah universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Universiti Teknologi Petronas (UTP),serta pusat pengajian yang lain seperti  Kolej Professional Mara(KPTM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) . UiTm mula beroperasi sejak 1 Januari 1999 manakala UTP pula telah dibuka pada tahun 1997. Terdapat banyak kemudahan yang telah disedikan di universiti ini. Antaranya ialah tasik yang luas dan cantik  serta Masjid An-Nur yang sering digunakan oleh para pelajar serta penduduk di kawasan setempat untuk menunaikan solat. Tasik ini terletak berhampiran dengan UTP. Pemandangannya yang cantik menyebabkan orang suka berkunjung untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berjogging dan berkayak. Tambahan lagi , tasik ini juga sering menjadi tumpuan pasangan pengatin baru untuk merakamkan detik indah mereka bagi koleksi album perkahwinan.
            Selain itu ,di Bandar Seri Iskandar terdapat banyak kedai makan yang popular antaranya KFC , McDonald's dan Secret Recipe. Antara kedai makan lain yang sering menjadi tumpuan orang ramai dan kawasan penduduk sekitar ialah Restoran Nasi Vanggey. Terdapat banyak pilihan makanan di restoran ini. Antara menu popular ialah ayam goreng mamak dan mee goreng mamak. Namun begitu , kedai-kedai makan yang terdapat di kawasan Bandar Seri Iskandar ini  bukan saja dimiliki oleh pemilik india muslim , tetapi terdapat juga pemilik restoran daripada Siam  yang sangat popular dengan resipi tomyam Thai. Kedai makan yang diberi nama Pantai Timur ini sering dikunjungi oleh pelajar yang belajar di universiti berdekatan berikutan harga makanan yang sangat berpatutan. Kedai milik orang Melayu iaitu TG Corner juga turut menjadi perhatian khususnya pada waktu makan tengahari. Banyak pilihan makanan yang disediakan.
           Selain itu, terdapat banyak tempat penginapan yang terdapat di Bandar Seri Iskandar ini antaranya D’Hotel ,Hotel Putra dan inap desa (homestay) .D’Hotel merupakan hotel yang baru dibuka pada pertengahan tahun 2013. Penubuhan tempat-tempat penginapan ini memudahkan orang ramai yang ingin berkunjung ke Seri Iskandar sama ada untuk bercuti atau menghadiri majlis konvokesyen di universiti terdekat. Antara kemudahan-kemudahan lain ialah terdapat pasaraya seperti Tesco dan Billion bagi memudahkan penduduk setempat atau pengunjung untuk membeli barangan rumah mahupun barangan sampingan yang lain. Pusat-pusat hiburan seperti panggung wayang, karaoke dan permainan bowling turut di buka di pasaraya Billion untuk menarik lagi perhatian pengunjung.
          Tambahan lagi, banyak rumah-rumah yang telah dibina ekoran daripada pertambahan penduduk yang sangat ramai. Pertambahan penduduk dikawasan ini disebabkan banyak peluang pekerjaan yang diperoleh. Terdapat industri-industri kecil yang banyak menawarkan peluang pekerjaan seperti KURZ Production (M) Sdn Bhd, Bloxwich (M) Sdn Bhd, Idaman Pharma Manufacturing Malaysia Sdn Bhd, Scanwolf Plastic Industries Sdn Bhd, FN Communication Sdn Bhd, Felcra Nasaruddin Oil Palm Processing Plant dan Sparkling Ceramic Sdn Bhd. Dari segi pengangkutan pula terdapat stesen bas Seri Iskandar yang menawarkan perjalanan ke setiap lebuhraya utama.
            Akhir sekali perkara menarik yang terdapat di Bandar Seri Iskandar adalah kemudahan seperti gelanggang-gelanggang sukan. Antaranya , Seri Iskandar Paintball Park yang sangat popular dan sering menjadi tumpuan pelajar universiti terdekat, gelanggang futsal dan sebagainya yang dibina bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk beriadah dan bersukan.
            Kesimpulannya , setiap bandar mahupun tempat didunia ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Begitu juga dengan Bandar Seri Iskandar. Pembangunan yang pesat ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif terhadap masyarakat dan negara umumnya daripada segi kewangan. Hal ini diketengahkan supaya dapat memajukan lagi negara dipersada antarabangsa dan membantu golongan yang tidak mampu.