ni first assignment yang di tulis sendiri bagi kelas RERUANG DAN PEMBANGUNAN .
perbaiki kesilapan yang ada . saya bukan manusia sempurna . terima kasih kerana membaca :)
NAMA : NOR AMIRA ADRINA BT OTHMAN
NO MATRIK :
IC :
SOALAN : APAKAH YANG MENARIK TENTANG TEMPAT TINGGAL ANDA
SENDIRI ?
Saya tinggal di kawasan kampung yang
diberi nama Kampung Padang Marhum, Bota Kanan Perak. Kampung saya berhampiran
dengan Bandar Seri Iskandar . Seperti yang kita ketahui , Bandar Seri Iskandar
merupakan bandar baru yang semakin membangun dan menjadi kebanggaan penduduk di
sekitarnya. Terdapat banyak perkara menarik di kawasan ini.
Antara perkara menarik yang
terdapat di sini ialah , Bandar Seri Iskandar merupakan bandar ilmu. Hal ini
dapat dibuktikan dengan adanya dua buah universiti terkemuka di Malaysia iaitu
Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Universiti Teknologi Petronas (UTP),serta
pusat pengajian yang lain seperti Kolej
Professional Mara(KPTM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) . UiTm mula
beroperasi sejak 1 Januari 1999 manakala UTP pula telah dibuka pada tahun 1997.
Terdapat banyak kemudahan yang telah disedikan di universiti ini. Antaranya
ialah tasik yang luas dan cantik serta Masjid
An-Nur yang sering digunakan oleh para pelajar serta penduduk di kawasan
setempat untuk menunaikan solat. Tasik ini terletak berhampiran dengan UTP.
Pemandangannya yang cantik menyebabkan orang suka berkunjung untuk melakukan
aktiviti-aktiviti riadah seperti berjogging dan berkayak. Tambahan lagi , tasik
ini juga sering menjadi tumpuan pasangan pengatin baru untuk merakamkan detik
indah mereka bagi koleksi album perkahwinan.
Selain itu ,di Bandar Seri Iskandar
terdapat banyak kedai makan yang popular antaranya KFC , McDonald's dan Secret
Recipe. Antara kedai makan lain yang sering menjadi tumpuan orang ramai dan
kawasan penduduk sekitar ialah Restoran Nasi Vanggey. Terdapat banyak pilihan
makanan di restoran ini. Antara menu popular ialah ayam goreng mamak dan mee
goreng mamak. Namun begitu , kedai-kedai makan yang terdapat di kawasan Bandar
Seri Iskandar ini bukan saja dimiliki
oleh pemilik india muslim , tetapi terdapat juga pemilik restoran daripada
Siam yang sangat popular dengan resipi
tomyam Thai. Kedai makan yang diberi nama Pantai Timur ini sering dikunjungi
oleh pelajar yang belajar di universiti berdekatan berikutan harga makanan yang
sangat berpatutan. Kedai milik orang Melayu iaitu TG Corner juga turut menjadi
perhatian khususnya pada waktu makan tengahari. Banyak pilihan makanan yang
disediakan.
Selain itu, terdapat banyak tempat
penginapan yang terdapat di Bandar Seri Iskandar ini antaranya D’Hotel ,Hotel
Putra dan inap desa (homestay) .D’Hotel merupakan hotel yang baru dibuka pada
pertengahan tahun 2013. Penubuhan tempat-tempat penginapan ini memudahkan orang
ramai yang ingin berkunjung ke Seri Iskandar sama ada untuk bercuti atau
menghadiri majlis konvokesyen di universiti terdekat. Antara
kemudahan-kemudahan lain ialah terdapat pasaraya seperti Tesco dan Billion bagi
memudahkan penduduk setempat atau pengunjung untuk membeli barangan rumah
mahupun barangan sampingan yang lain. Pusat-pusat hiburan seperti panggung wayang,
karaoke dan permainan bowling turut di buka di pasaraya Billion untuk menarik
lagi perhatian pengunjung.
Tambahan lagi, banyak rumah-rumah
yang telah dibina ekoran daripada pertambahan penduduk yang sangat ramai.
Pertambahan penduduk dikawasan ini disebabkan banyak peluang pekerjaan yang
diperoleh. Terdapat industri-industri kecil yang banyak menawarkan peluang
pekerjaan seperti KURZ Production (M) Sdn Bhd, Bloxwich (M) Sdn Bhd, Idaman
Pharma Manufacturing Malaysia Sdn Bhd, Scanwolf Plastic Industries Sdn Bhd, FN
Communication Sdn Bhd, Felcra Nasaruddin Oil Palm Processing Plant dan
Sparkling Ceramic Sdn Bhd. Dari segi pengangkutan pula terdapat stesen bas Seri
Iskandar yang menawarkan perjalanan ke setiap lebuhraya utama.
Akhir
sekali perkara menarik yang terdapat di Bandar Seri Iskandar adalah kemudahan
seperti gelanggang-gelanggang sukan. Antaranya , Seri Iskandar Paintball Park
yang sangat popular dan sering menjadi tumpuan pelajar universiti terdekat,
gelanggang futsal dan sebagainya yang dibina bagi memberi kemudahan kepada
orang ramai untuk beriadah dan bersukan.
Kesimpulannya
, setiap bandar mahupun tempat didunia ini mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri. Begitu juga dengan Bandar Seri Iskandar. Pembangunan yang pesat ini
diharapkan dapat memberikan impak yang positif terhadap masyarakat dan negara
umumnya daripada segi kewangan. Hal ini diketengahkan supaya dapat memajukan
lagi negara dipersada antarabangsa dan membantu golongan yang tidak mampu.
No comments:
Post a Comment