Tuesday, 13 March 2012

ASSALAMUA'LAIKUM ! (:

hehe , menyengih dulu ea , ok selalunye aku selalu cerita ape yang aku buad jea ea , now aku nak story pulak ape istimewanya jadi wanita ni .
actly aku tgh bace buku yang aku dapt mase hari anugerah hari tuu , jgn jelezzz . hahaha . buku ni tajok dy MEMBINA HATI BAHAGIA , penulis dy , tak lain dan tak bukan DR.HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ . banyak sgt ilmu yang dy bagi kat dlm buku ni (:

baiklah , sekarang korang bace ni ea !

  1. perempuan apabila sembahyang lima waktu ,puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta serta taat kepada suaminya masuklah dia daripada pintu syurga yang mana sahaja di kehendakinya .
  2. mana-mana perempuan yang berdiri di atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka di haramkan muka dan tangannya daripada bakaran api neraka .
  3. mana-mana perempuan yang menunggu suaminya pulang .lalu disapukan mukanya, dihamparkan hamparan duduknya atau menyediakan minuman atau merenung dia pada suaminya , atau memegang tangannya, memperelok hidangan padanya, memelihara anaknya atau manfaat hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disuratkan baginya setipa kalimah ucapan , tiap langkahnya , tiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. pada hari kiamat ,Allah kurniakan NUR sehingga tercengang perempuan mukmin semuanya atas kurnian rahmat itu. tidak seorang pon sampai martabat itu melainkan Nabi-nabi .
  4. sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah puterinya, 'ya Fatimah , barangsiapa perempuan yang meminyakkan rambut suaminya ,janggut, memotong misai, dan mngerat kuku suaminya Allah akan memberinya minum air sungai-sungai Syurga serta diringankan Allah baginya sakaratulmaut dan kuburnya menjadi sebuah taman syurga dan Allah mencatatkan baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah dia melintasi Siratul-mustaqim’
  5. apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka beristighfar lah para malaikat untuknya ,Allah mencatatkan baginya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah .
  6. apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin ,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah .
  7. apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya .
  8. barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya ,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis  kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui ,bagi ibi itu setiap satu tegukan dari susunya Allah berikan dia satu kebajikan .
  10. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit ,maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah..
  11. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah ,pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang berhajat . hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s..
ya Allah .. bace habis dahh korang ?? hehe , tgk , betape bertuahnya jadi wanita ni ..
tgk masyarakat jahiliah dlu , macam mane mereka tanggapan mereka kat kaum hawa . teruk kan ? bersyukur tak korang tak hidup lagi pada zaman tu ?? aku ?? bersyukur lahh .. hehe 

sekarang ni semua hak kita dah ditentukan , malah dalam Islam pon nasib kita ni terbela !
masyaAllah .. 

^^



No comments:

Post a Comment